Saturday 26 May 2012

TEKUN “ MELAHIRKAN USAHAWAN CEMERLANG”


TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Adalah diharapkan dengan Hala Tuju Baru dan Penjenamaan semula ini, TEKUN Nasional akan menjadi sebuah institusi pelaksana ( executing agency ) yang dinamik serta mampu memainkan peranannya dengan lebih berkesan bagi memenuhi matlamat penubuhannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB ). Dengan kejayaan MPPB ini hasrat kita untuk mengangkat martabat bangsa Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi akan tercapai.
Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata. Kini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.

 LATAR BELAKANG PENUBUHAN TEKUN NASIONAL

TEKUN Nasional telah diwujudkan hasil daripada resolusi Konvensyen Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang pada tahun 1994 yang mencadangkan agar satu sistem penyaluran modal tambahan dengan mudah, cepat dan tidak membebankan dilaksanakan bagi mengatasi masalah akses usahawan kecil Bumiputera kepada pembiayaan perniagaan.Dalam tahun 1995, Universiti Sains Malaysia (USM) telah melaksanakan projek perintis Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Pulau Pinang. Seterusnya projek perinti sini dikembangkan ke Jeli, Kelantan pada tahun 1996 dan ke Besut, Terengganu pada tahun 1997.
Berikutan kejayaan projek perintis ini, Kerajaan memutuskan projek TEKUN diperluaskan ke seluruh negara untuk manfaat usahawan kecil Bumiputera.  Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Yayasan TEKUN Nasional telah ditubuhkan dan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi(MECD) pada 9 November 1998  dan mula beroperasi pada 1 Februari 1999.
Selaras dengan kemajuan dan arus pemodenan, penjenamaan semula dan hala tuju baru Yayasan TEKUN Nasional pada 12 Februari 2008 telah memperlihatkan Yayasan TEKUN Nasional telah diberi nama baru iaitu TEKUN Nasional yang berperanan bukan hanya sekadar sebagai agensi memberi pembiayaan bahkan turut memainkan peranan dalam pembangunan keusahawanan dan memberikan perkhidmatan sokongan.Berikutan penyusunan semula pentadbiran Kerajaan pada 1 April 2009, TEKUN Nasional telah diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

Pembiayaan TEKUN
  • Konsep Pembiayaan TEKUN
    Pembiayaan TEKUN adalah pembiayaan secara mudah.
  • Jumlah Pembiayaan
    Jumlah pembiayaan adalah dari RM 500.00 sehingga RM 50,000.00.
  • Tempoh Bayaran Balik
    Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah antara 1 bulan hingga 5 tahun.
  • Cara Bayaran Balik
    Para usahawan / peminjam boleh membuat bayaran balik pinjaman kepada TEKUN menerusi kaedah yang disediakan.
  • Caj Perkhidmatan
    Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak 4%.
Syarat Kelayakan Asas
  1. Bumiputera dan berumur 18 - 65 tahun.
  2. Mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
  3. Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan yang sah ( Pembiayaan di bawah RM6,000.00 tidak perlu Pendaftaran Perniagaan [ SSM ] ).
  4. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak 
    ( mobile ).
  5. Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam  perniagaan. ( Pembiayaan sehingga RM10,000.00 boleh dipertimbangkan  bagi pemohon yang berniaga secara sambilan ).
  6. Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 50,000.
Dokumen Diperlukan
  1. Borang Permohonan Pinjaman TEKUN yang lengkap diisi.
  2. Gambar pemohon ukuran pasport (1 keping).
  3. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan.
  4. Salinan lesen / permit / pendaftaran perniagaan yang sah.
  5. Gambar premis / tempat perniagaan ( jika perlu ).
  6. Salinan buku simpanan / penyata bank ( jika perlu ).
  7. Sebut harga / cadangan / pembelian perkakasan / peralatan / ubahsuai (jika perlu).
  8. Salinan salah satu bil utiliti bagi premis/ rumah. Salinan perjanjian sewa/ surat kebenaran penyewaan premis ( Sekiranya premis disewa ).
BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIKEMUKAKAN KEPADA PEJABAT CAWANGAN TEKUN YANG BERDEKATAN DENGAN KEDIAMAN / PREMIS / LOKASI PERNIAGAAN.
Bidang-bidang Perniagaan
Bidang-bidang perniagaan / usaha niaga yang boleh diceburi oleh para usahawan adalah seperti berikut :
  • Peruncitan & Perniagaan
  • Perkhidmatan
  • Pertanian
  • Penternakan dan Akuakultur
  • Pembuatan
  • Pendidikan
  • Pengangkutan
  • Pelancongan / Rekreasi
  • Pemborongan
  • Pembinaan Kecil
PROSES PERMOHONAN & KELULUSAN PEMBIAYAAN

Permohonan diproses dan disahkan oleh Pejabat Kawasan dihantar terus ke Ibu Pejabat untuk kelulusan.Bagi permohonan dari Skim Rakan Niaga, boleh dihantar terus ke Ibu Pejabat atau Pejabat Kawasan untuk kelulusan.
  • Proses Kelulusan 14 hari bekerja
  • Peminjam di antara 18 hingga 65 tahun
  • Semua pembiayaan tidak memerlukan penjamin
  • Caj 4% setahun bagi semua pembiayaan.
  • Lebih daripada seorang dalam satu isi rumah boleh mendapat pembiayaan dengan syarat berlainan jenis perniagaan.
  • Pemohon yang mempunyai pembiayaan sedia ada dengan agensi kerajaan/institusi kewangan lain yang melebihi RM50,000 adalah tidak layak.
  • Pembiayaan di bawah RM5,000 tidak perlu mengemukakan daftar perniagaan, kecuali yang berniaga di kawasan PBT yang memerlukan permit.
  • Pembiayaan di bawah RM5,000 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan.
PUSAT PEMBANGUNAN USAHAWAN (BUSINESS CENTRE)

Pusat Pembangunan Usahawan (Business Centre) merupakan satu inisiatif dan daya usaha pihak Kerajaan untuk mempertingkatkan lagi sistem penyampaiannya (delivery system) selaras dengan hasrat dan matlamat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada rakyat khususnya kepada masyarakat Bumiputera.

Peranan dan Objektif
  • Memberikan maklumat mengenai peranan yang dimainkan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian serta agensi-agensi di bawahnya dalam usaha melahir dan memajukan usahawan di negara ini serta memupuk semangat dan budaya keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia.
  • Memberikan maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan (business opportunities) dan penjanaan pendapatan (income generating activities) yang boleh diceburi oleh masyarakat bumiputera dari kawasan sekitarnya.
  • Menjadi Pusat Rujukan, Perkhidmatan dan Sokongan kepada para usahawan dan bakal-bakal usahawan.
  • Menjadi pusat untuk mewujudkan jaringan (networking) dikalangan para usahawan yang sediada di kawasan sekitarnya.
  • Menjadi pusat untuk berbagai aktiviti dan kegiatan dalam bidang keusahawanan dan pembangunan usahawan setempat.
              imageimage
              imageimage

PUSAT PEMBANGUNAN USAHAWAN (BUSINESS CENTRE)

Kini, terdapat 11 buah Pusat Pembangunan Usahawan (Business Centre) setelah mula ditubuhkan pada tahun 2008 yang terdapat di lokasi strategic serta mudah untuk diakses oleh usahawan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan maklumat keusahawanan yang ditawarkan di Pusat Pembangunan Usahawan ini. Lokasi-lokasi Pusat Pembangunan Usahawan (Business Centre) adalah :
Bil Kawasan / Negeri   Alamat 
 1.Ibu Pejabat, 
Bandar Tasik Selatan
  No 2, Lot 10 G & 12G, 
  Jalan 4/146, Bandar Tasik Selatan, 
  57000 Kuala Lumpur
  Tel : 1-300-88-1277 / 03-90591420
  Faks : 1-300-88-1278
2.Pertama Kompleks
( Wilayah Persekutuan )
  FF - 14 Tingkat 1,
  Imej Ceria Pertama Kompleks,
  Jalan Tengku Abdul Rahman,
  50100 Kuala Lumpur
  Tel : 03-26983993
  Faks : 03-26983353
3.Tasik Gelugor
( Pulau Pinang )
  No 77, Lorong Sri Murni, 
  Taman Sri Murni, 
  13800 Butterworth, Pulau Pinang
  Tel : 04-3569510
  Faks : 04–3569511
4.Mini BC Bayan Baru
( Pulau Pinang )
  No. 9, 1st Floor,
  Persiaran Mahsuri, 
  1/3 Sunway Tunas
  11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
  Tel : 04-6452531 / 04-6451741
  Faks : 04-6452531
5.Kota Kinabalu
( Sabah )
  Tingkat 3 Lot 14 - 4 Blok C,
  Habour City Simbulan, 
  Jln Pantai, 
  88000 Kota Kinabalu, Sabah
  Tel : 088-448306
  Faks : 088-448310
6.Kota Bharu
( Kelantan )
  Lot 419, Tingkat Bawah,
  Jalan Sultan Yahya Petra,
  Seksyen 20,
  15200 Kota Bharu, Kelantan
  Tel : 09–7418525
  Faks : 09–7418525
7.TEMAN 
( Kelantan )
  Business Centre,
  Lot Kesatuan 4 & 5, Tingkat Satu,
  Terminal Agribisnes Negara (Teman) Kota Bharu,
  Lot 3309, Batu 4, Lebuhraya Pasir Mas-Salor,
  15150 Kota Bharu, Kelantan.
  Tel : 09-7432752
  Faks : 09-7436617
8.Johor Baharu
( Johor )
  No 66 Jalan Padi 1,
  Bandar Baru UDA,
  81200 Johor Baharu
  Tel : 07-2351597
  Faks : 07-2384371
9.Mini BC Kluang 
( Johor )
  No 9A, Jalan Persiaran 
  Dato Haji Ismail Hassan, 
  86000 Kluang, Johor 
  Tel/Faks: 07-7739568
10.Kuching 
( Sarawak )
  Lot 578, Section 10, 
  Kuching Town Land District, 
  Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, 
  93400 Kuching, Sarawak
  Tel : 082-417354
  Faks : 082-428264
11.Temerloh 
( Pahang )
  No 17, Jalan Ahmad Shah 1, 
  28000 Temerloh Pahang
  Tel : 09-2901740
  Faks : 09-2902085
12.Ipoh 
( Perak )
  24 & 26 Medan Istana 7, 
  Bandar Ipoh Raya, 
  30000 Ipoh Perak
  Tel : 05 - 2495712/11/10
  Faks : 05 - 2541901
13.Gopeng
( Perak )
  LOT G6, Pejabat Pengurusan,
  Kompleks Terminal Agribisnes Negara (Teman),
  Kawasan Perindustrian Gopeng 2,
  Km 16, Jalan Gopeng,
  31600 Gopeng, Perak
  Tel/Faks : 05-3574542
14.Ayer Keroh
( Melaka )
  No 12 Ting. 2,
  Bangunan Kota Cemerlang,
  75450 Ayer Keroh, Melaka
  Tel : 06-2346301 
15.Kuala Terengganu
( Terengganu )
  No. 10, Tingkat 1,
  Bazaar Maidam,
  Jalan Masjid Putih,
  21100 Kuala Terengganu
  Tel : 09-6309761 / 09-6309762 / 09-6309763
  Faks : 09-6309760
16.Kedah  No.243, Tingkat Bawah,
  Kompleks Shahab Perdana,
  Jalan Sultanah Sambungan,
  05150, Alor Star, Kedah
  Tel/Faks: 04-7308417
TEKUN Nasional No.2, Jalan 4/146 Metro Centre,
Bandar Tasik Selatan
57000 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-9058 8550 / 9058 8999
Faks: 03-90595777
Emel: mailbox@tekun.gov.my