SUBANITYA_BUSSINESS PLAN_PC.COM

NAMA PERNIAGAAN PC DOT COM





clip_image002

RUMUSAN EKSKUTIF

Baru! Berbeza! Diperbuat dari peralatan yang terbaik! Berapa kalikah kenyataan seperti ini timbul mengenai sesuatu produk di pasaran. Berapa kalikah telah anda kecewa setelah anda membeli produk sebegini. Jangan putus asa, teruskan membaca dan anda akan yakin bahawa PC Dot Com tidak akan mengecewakan anda. PC Dot Com pasti akan memenuhi apa yang dilaung dan akan berusaha untuk mengekalkan kepuasan anda. PC Dot Com adalah sebuah syarikat milik persendirian yang menjual perkakasan komputer dan perisian serta menawarkan perkhidmatan penyenggaraan komputer. Cik Farhana, pemilik syarikat ini mempunyai 2 tahun pengalaman dalam perniagaan komputer. Walaupun tidak mempunyai kelayakan profesional namun beliau mempunyai pengalaman “hands on” yang lebih berguna semasa beliau bekerja di sektor perkilangan.
Cik Farhana pula dibantu oleh dua orang adik, sepupu dan abang iparnya. Syarikat ini diuruskan sebahagian besarnya oleh ahli keluarga berikutan persaingan yang sengit dari segi harga. Kedua-dua orang adik beliau mempunyai pengalaman mengurus di sektor perkilangan. Sumbangan mereka dari segi pengalaman dan kreativiti berupaya untuk menjayakan syarikat ini. Manakala sepupu beliau, Cik Farishah Ain pula membantu sebagai pekerja am. Encik Haziq Qayyum pula merupakan abang ipar Cik Farhana, berkelulusan Sarjana Sains Komputer, beliau mempunyai kelayakan profesional dan juga wawasan untuk memajukan syarikat dari segi keupayaan teknikal beliau dalam perkakasan dan perisian komputer. Tambahan pula beliau mempunyai ramai kenalan dalam dunia perniagaan yang dapat membantu dalam perkembangan PC Dot Com.Sasaran pasaran PC Dot Com adalah terdiri daripada 3 kumpulan iaitu pengguna akhir, sektor kerajaan dan juga pengedar kecil-kecilan. Termasuk dalam pelanggan potensi PC Dot Com adalah mereka yang belum lagi memiliki komputer dan juga mereka yang sudah pun memiliki komputer tetapi tidak puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat langganan mereka sekarang.Komponen utama dalam strategi perniagaan PC Dot Com adalah dari segi perkhidmatan, PC Dot Com berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya. Kaedah ini telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan untuk berlanggan dengan syarikat ini. PC Dot Com juga tidak akan bersaing dari segi harga tetapi cuba menyedarkan pelanggan bahawa perkhidmatan selepas jualan adalah juga sama penting.

Semua sumber kewangan sebelum ini adalah dari simpanan pemilik dan juga ahli keluarganya. Dengan rancangan perkembangan yang dicadangkan pemilik merasakan bahawa PC Dot Com memerlukan kewangan tambahan sebanyak RM150,000. Sumber ini bukanlah sebagai pinjaman jangka panjang (term loan) tetapi sebagai overdraf. PC Dot Com menjangka tidak akan menghadapi masalah dari segi pembayaran balik kerana jika dilihat dari segi ramalan jualan dan keuntungan syarikat, syarikat berupaya untuk terus maju dan membayar semua tanggungan syarikat tanpa apa-apa masalah. PC Dot Com adalah hasil misi syarikat untuk mengutamakan perkhidmatan kepada pelanggan dan bukan semata-mata untuk menjual produk sahaja. Garis panduan yang diterokai ini berupaya untuk memberikan pulangan yang lumayan di masa akan datang.Berbeza dengan pesaing dekat PC Dot Com yang menawarkan harga rendah dan perkhidmatan yang tidak menentu, PC Dot Com akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Ini akan menarik pelanggan berkunjung semula ke PC Dot Com untuk mendapatkan khidmat yang terdapat di PC Dot Com. Manakala dari aspek sandaran, setakat ini PC Dot Com tidak mempunyai mana-mana sandaran.

LATAR BELAKANG SYARIKAT

 Syarikat persendirian milik Cik Farhana ini mula beroperasi pada 6 Jun 2006. Teras perniagaannya ialah perkakasan dan perisian komputer serta perkhidmatan penyenggaraan. Cik Farhana mendapat ilham untuk menjalankan perniagaan ini apabila Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan mata pelajaran komputer di sekolah-sekolah dan juga minat rakyat Malaysia terhadap komputer. Perniagaan komputer dan perkhidmatan penyenggaraan komputer dijangka meningkat pada kadar pertumbuhan yang memberangsangkan pada masa akan datang. Cik Farhana yang memiliki Diploma Teknologi Maklumat dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor berjaya meyakinkan ahli keluarganya, terutama dua orang adiknya untuk turut melabur dan bersama-sama membangun syarikatnya. Pelanggannya tidak terhad kepada pelajar sahaja, malahan digunakan oleh setiausaha, guru, sehinggalah kepada suri rumah. Dengan perlantikan abang iparnya sebagai pengurus teknikal Cik Farhana berharap untuk menerokai pasaran agensi kerajaan dan sektor perkilangan serta meningkatkan perkhidmatan penyenggaraan.

Maklumat Pengurusan :

Cik Haziqah Farhana Binti Hamzah Pengurus
Encik Hafiz Fairuz Bin Hamzah Pengurus Kewangan
Encik Hanif Fauzan Bin Hamzah Eksekutif Jualan
Cik Farishah Ain Binti Salim Pekerja Am
Encik Haziq Qayyum Bin Hashim Pengurus Teknikal

LATAR BELAKANG PROJEK

a)  Lokasi Projek
Pada masa ini, PC Dot Com beroperasi di tingkat bawah Bangunan Pintar. Kedudukan ini boleh dikatakan strategik kerana ianya merupakan laluan bagi pelajar dan kakitangan UNIMAS. Selain itu, penduduk di kawasan Taman Sri Mawar boleh mengunjungi premis ini kerana kawasan taman perumahan tersebut yang terletak tidak jauh dari kawasan premis perniagaan.

Butir-butir premis perniagaan, kadar sewa dan pemilikannya adalah seperti berikut :-
Nama Pemilik Bangunan : Christie Enterprise Sdn. Bhd.
Alamat :     Lot 4, Tingkat Bawah, Bangunan Pintar,
                  Jalan Mesra, 95000 Kota Samarahan,
                  Sarawak.

Kadar Sewaan (sebulan) : RM3,000

Tempoh Sewaan : 3 tahun

b)  Kedudukan Fizikal

Keluasan premis adalah 1400 kaki persegi. Keluasan ini sudah mencukupi untuk menempatkan semua peralatan serta dapat memberikan keselesaan kepada pekerja mahupun pelanggan. Susun atur peralatan adalah seperti lakaran pelan lantai berikut:-
image

c)  Peralatan dan Bahan Mentah

Bagi memastikan perkhidmatan yang baik dan memuaskan dan dapat memenuhi keperluan kebanyakan pelanggan, PC Dot Com telah menyediakan peralatan-peralatan seperti computer yang berkapasiti tinggi, mesin pencetak laser berwarna, mesin pengimbas, mesin faks dan perisian grafik.Selain daripada itu, system sokongan, program perlindungan dari virus, cakera salinan, perisian tulisan dan ‘clip art’ turut disediakan.Peralatan-peralatan tersebut adalah peralatan yang lazim digunakan oleh kebanyakan kedai computer seperti PC Dot Com. Sebagai perbandingan harga, sebut harga daripada 3 orang pembekal telah diperolehi. Pemilihan pembekal tersebut adalah berdasarkan sebutan harga yang terendah. Pembekal-pembekal bagi PC Dot Com ialah Universal Station, Ung Ming Equipment dan Media Centre. Tempoh sah bagi sebut harga ialah selama 1 tahun.Syarikat Universal Station telah dipilih sebagai pembekal utama kerana menawarkan harga yang terendah. Syarat-syarat pembayaran bagi Syarikat Universal Station ialah 25% semasa pesanan dibuat dan bakinya selepas peralatan diterima atau berdasarkan surta jaminan bank.Bahan-bahan mentah seperti toner, ink, drum, kertas ivory, art card, kotak plastic dan alat tulis laidigunakan dan ia boleh diperoleh melalui sumber tempatan dan luar negara.

PRODUK / PERKHIDMATAN

Kami memilih “perkhidmatan berkualiti” sebagai garis panduan kami dan melancarkan strategi untuk menawan hati pelanggan dengan memberi perkhidmatan berkualiti selepas jualan berbanding dengan strategi harga yang rendah yang diamalkan oleh pesaing.Sebagai pengusaha PC Dot Com, perkhidmatan selepas jualan atau perkhidmatan yang disediakan perlulah berterusan. Pengusaha boleh membantu dalam memberi khidmat nasihat tentang perlunya pengubahsuaian kepada tempahan mengikut rekaan grafik terbaru yang ada di pasaran. Dengan ini, hubungan baik antara pengusaha dan pelanggan dapat dibina.

Khidmat pelanggan yang diberi dengan berkesan mampu memberi keselesaan dan membina keyakinan pelanggan untuk terus setia mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan. Pelanggan yang berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan oleh PC Dot Com akan memperkenalkan perniagaan tersebut kepada orang lain. Keadaan ini dipanggil promosi mulut ke mulut yang dapat mengurangkan kos promosi dan meningkatkan kadar keuntungan PC Dot Com.Untuk melaksanakan strategi perkhidmatan, PC Dot Com juga memperkenalkan komputer klon. Pasaran komputer berjenama dikawal oleh syarikat gergasi. Oleh kerana kawalan harga yang amat ketat, margin keuntungan amat sedikit. PC Dot Com pula tidak dibenarkan menyentuh atau menyenggara masalah yang berkaitan. Kalau perkara tersebut dilakukan, maka “warranty” akan batal secara automatik. Komputer mestilah dihantar kepada pembekal untuk dibaikpulih. Rungutan pelanggan ialah masa yang diambil untuk kerja baikpulih terlalu lama. Kebanyakan pelanggan tidak sanggup berpisah lama dengan komputer mereka.

Oleh itu, PC Dot Com bercadang untuk menawarkan produk dan perkhidmatan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna. Dengan memperkenalkan sistem komputer klon, PC Dot Com bebas memilih perkakas yang hendak digunakan. “PC Dot Com System” akan mengguna perkakas yang terkini dan harganya yang berpatutan. Strategi ini berjaya apabila PC Dot Com menerima banyak tempahan ekoran dari promosi “mulut ke mulut” yang dilakukan oleh pelanggan PC Dot Com.Tindakan kerajaan memansuhkan duti import dan cukai jualan serta rebet cukai pendapatan memberi kesan yang positif kepada PC Dot Com. Segmen pasaran “isirumah” (household) diramalkan akan berkembang pesat. Seterusnya persaingan di kalangan syarikat yang menawarkan perkhidmatan INTERNET memanfaatkan pengguna dan mencetus permintaan kepada produk IT.

RANCANGAN PEMASARAN

a) Analisis pasaran

Industri teknologi Maklumat mula mencatat perkembangan yang pesat dengan meningkatnya kepentingan teknologi maklumat (IT) dalam pelbagai aspek perniagaan dan pendidikan serta kehidupan harian. Teknologi e-mel dan internet telah mengubah cara hidup manusia. Kami di PC Dot Com berpendapat kualiti perkhidmatan yang akan menentukan kejayaan tapi bukannya saiz syarikat. Oleh itu, perkhidmatan bign="justify">

image

RUMUSAN

b) Aspek Pasaran

i) Ciri-ciri Umum Produk/servis dan Pengguna .

Firma menjalankan perniagaan menjual perkakasan komputer dan perisian serta menawarkan perkhidmatan penyenggaraan komputer. PC Dot Com juga menawarkan perkhidmatan mesin mencetak dan mesin mengimbas. Ini dapat memudahkan pelanggan terutamanya pelajar mencetak atau mengimbas tugasan mereka.Di samping menjalankan perkhidmatan yang tersebut diatas, firma juga ada menawarkan perkhidmatan mesin faks bagi memudahkan pelanggan agensi kerajaan terutamanya menfaks data-data atau dokumen-dokumen mereka dengan kadar yang segera. Firma dijangka akan dapat menarik minat ramai pelajar dan kakitangan kerajaan untuk menggunakan khidmat yang disediakan oleh PC Dot Com. Ini kerana peranan komputer yang diperlukan bagi setiap manusia.

ii) Pasaran Am

Penggunaan komputer dan teknologi maklumat amatlah diperlukan terutamanya oleh pelajar-pelajar moden masa kini untuk proses pembelajaran mereka. Ini adalah kerana proses pembelajaran pada zaman ini banyak memerlukan penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Oleh sebab itu kebanyakan pelajar menggunakan perkhidmatan yang terdapat di PC Dot Com bagi memudahkan proses pembelajaran mereka.
Perkembangan industri perkhidmatan pengkomputeran dan teknologi maklumat pada masa ini adalah amat meyakinkan dan mempunyai prospek yang besar untuk terus berkembang maju selaras dengan keperluan pelajar seperti yang tersebut diatas. Perkembangan Belanjawan 2006 yang memberikan kenaikan 15 % kepada kakitangan kerajaan dan bonus tahunan dengan kadar minima RM 1,000.00 juga dijangka akan memberi kesan positif kepada perkembangan industri ini.

Walaubagaimanapun, penglibatan usahawan bumiputera dalam industri ini adalah kurang berbanding dengan bukan bumiputera yang kebanyakannya dimonopoli oleh kaum Cina. Jika kita lihat dimerata tempat, adalah sukar untuk melihat perniagaan seperti ini yang diuruskan oleh usahawan bumiputera. Sedikit sebanyak, usaha pemilik untuk membuka perniagaan menjual perkakasan dan perisian komputer akan membuka mata masyarakat bumiputera untuk cuba bersaing dalam industri ini.

iii) Sasaran Pasaran Syarikat/firma

Pada peringkat awal perniagaan, fokus utama firma adalah tertumpu kepada pelanggan yang berada di kawasan Kota Samarahan, iaitu Taman Sri Mawar, UNIMAS, Politeknik Kuching, SMK ST. Joseph, SMK Tun Teja dan Wisma Persekutuan Kota Samarahan.Secara amnya, populasi di kawasan-kawasan tersebut didominasikan oleh penduduk bumiputera. Faktor ini akan memberikan kelebihan kepada firma untuk memenangi pelanggan-pelanggan dari kaum bumiputera. Oleh itu, lokasi yang dipilih oleh pemilik bagi menjalankan perniagaannya adalah baik dan berpotensi besar untuk berjayaLokasi firma berada di kawasan komersial yang berhampiran dengan UNIMAS, Politeknik Kuching, sekolah-sekolah, agensi-agensi kerajaan akan memberikan peluang yang besar untuk mendapatkan perhatian pelanggan.
Pelangan-pelangan yang disasarkan mempunyai ciri-ciri berikut:-
i. Pelajar universiti (20 hingga 29 tahun)
ii. Pelajar sekolah (13 hingga 19 tahun)
iii. Kakitangan kerajaan
c) Ramalan


d) Strategi pemasaran

Pasaran bagi perniagaan PC Dot Com boleh dibahagikan kepada tiga segmen penting mengikut kumpulan pelanggan iaitu individu, swasta dan agensi kerajaan. Promosi tidak terhad kepada penyediaan risalah dan edaran dalam kedai sahaja. PC Dot Com juga menggunakan pelbagai saluran media pengiklanan sebagai contoh melalui media cetak dan media elektronik. Selain itu, PC Dot Com menyertai ekspo atau pameran yang berkaitan dengan perniagaan.
Hasil daripada promosi dan perkhidmatan yang disediakan oleh PC Dot Com, terdapat beberapa pengedar besar yang telah melantik PC Dot Com sebagai pengedar sah mereka. Malahan, dalam pengiklanan produk mereka nama PC Dot Com juga sering dimasukkan. Keadaan ini juga merupakan satu bentuk penghargaan kepada PC Dot Com kerana walaupun masih muda PC Dot Com sudah pun diberi kepercayaan untuk mengedar barangan jenama oleh pengedar yang besar.

Dasar produk disesuaikan dengan citarasa dan permintaan pengguna. Iltizam PC Dot Com adalah untuk memasang komputer peribadi yang berlabelkan logo “PC Dot Com” dan disokong dengan perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti. Untuk memberi pilihan kepada pelanggan, PC Dot Com juga menjual sistem komputer berjenama seperti ACER, HYUNDAI, SIEMENS, PACKARD BELL dan COMPACT.

ANALISIS PESAING

Pembekal-pembekal peralatan komputer mula tumbuh bagai cendawan. Di sekitar bangunan pusat jualan PC Dot Com sahaja terdapat 5 buah kedai komputer. Sejak akhir-akhir ini, persaingan bertambah sengit apabila syarikat-syarikat peruncitan yang dahulunya menjual barangan perabot dan peralatan dapur mula menjual peralatan komputer pada kadara harga yang sangat rendah.

Pesaing utama bagi PC Dot Com ialah Kedai Acer. Syarikat tersebut mempunyai kekuatan kerana syarikat tersebut merupakan syarikat franchaisor bagi jenama Acer. Walau bagaimanapun, perkhidmatan di syarikat tersebut tidak mesra pelanggan menyebabkan pelanggan kedai tersebut sering mengadu pengurus serta pekerja di kedai tersebut tidak memberi perkhidmatan selepas jualan yang baik.

Strategi perkhidmatan berkualiti telah membantu PC Dot Com menghadapi tekanan pesaing. Pesaing mengguna pendekatan “cash and carry”, harga rendah dan perkhidmatan tak menentu. Perkhidmatan berkualiti membolehkan PC Dot Com berhadapan dengan pesaing, malah menarik pelanggan yang kecewa dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pesaing. Jualan kembali meningkat dan pendapatan dari aktiviti penyenggaraan terus meningkat.

RANCANGAN PENGURUSAN
a) Carta Organisasi
image
Pada masa ini, firma diuruskan oleh Cik Farhana sendiri sebagai Pengurus. Beliau dibantu oleh tiga orang kakitangan dalam kumpulan pengurusan yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersendiri iaitu pengurusan kewangan, pengurusan teknikal dan eksekutif jualan. Selain itu, firma juga menggunakan khidmat seorang pekerja am.

a) Latar belakang Pengurus/ Pemegang Saham/ Pemilik

Farhana Bt. Hamzah - Pengurus
Beliau berusia 28 tahun, berkelulusan Diploma Teknologi Maklumat daripada Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, pada tahun 2001, dan Ijazah Sarjana Pengurusan juga dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, pada tahun 2003. pemilik berpengalaman bekerja selama 2 tahun dalam perniagaan komputer di Syarikat Dell sebagai Pengurus Bahagian Operasi dan Pengeluaran di Syarikat tersebut pada tahun 2004 hingga 2005.Beliau amat meminati bidang perniagaan ini sehinggakan beliau telah membuat keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan. Tugas utama beliau ialah membuat kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan operasi.

b) Latar belakang Kakitangan Utama/ Mahir

Encik Hafiz Fairuz B. Hamzah – Pengurus kewangan
Beliau berusia 27 tahun, berkelulusan Diploma Perakaunan daripada Universiti Malaya, Selangor pada tahun 2002. Beliau berpengalaman bekerja selama 1 tahun di Syarikat Bina Sendiri sebagai pembantu tadbir bahagian kewangan.Tugas utama beliau ialah menguruskan kerja-kerja perakaunan, kemasukan aliran wang
tunai dalam syarikat, membuat belanjawan tahunan, kunci kira-kira dan penyata kewangan.

Encik Hanif Fauzan B. Hamzah – Eksekutif Jualan
Beliau berusia 25 tahun, berkelulusan Diploma Komunikasi Media daripada Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada tahun 2004. Beliau memppunyai pengalaman kerja sebagai eksekutif pemasaran di Syarikat Mega Lima selama 1 tahun.Tugas utama beliau ialah menjalankan tugas “stock check”, membuat “prospecting, sales presentation” dan aktiviti-aktiviti jualan yang lain kepada pelanggan.

Encik Haziq Qayyum B. Hasyim – Pengurus Teknikal
Beliau berusia 33 tahun, berkelulusan Diploma Sains Komputer daripada University of Central Lancashire, UK pada tahun 1994, dan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dan Sarjana Sains Komputer daripada Middlesex University, UK pada tahun 1997 dan 2000. Beliau berpengalaman bekerja selama 5 tahun di Syarikat Dell Sdn. Bhd. sebagai Pengurus bahagian teknikal.Tugas utama beliau ialah menguruskan kerja-kerja di bahagian teknikal, menyenggara dan membaikpulih komputer.

c) Latar belakang Kakakitangan Separuh Mahir/ Kurang Mahir
Cik Farishah Ain – Pekerja Am
Beliau berumur 21 tahun dan berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 2006. Tugas beliau adalah bagi memastikan keadaan firma sentiasa bersih, kemas dan selesa kepada pelanggan.

RANCANGAN KEWANGAN

a) Kos Permulaan Projek

Kos permulaan minimum bagi memulakan perniagaan PC Dot Com dianggarkan melebihi RM 50,000.00. Memandangkan perniagaan PC Dot Com adalah perniagaan bersaiz besar, peralatan asas yang digunakan terdiri daripada 5 unit komputer, 2 mesin pencetak, mesin pengimbas, alat pemotong, dan perisian grafik. Selain itu, mesin ink-jet berskala besar turut disediakan. Dengan adanya mesin ini, pelanggan dapat membuat kain rentang atau poster.PC Dot Com memperoleh sumber kewangan daripada kemudahan overdraft (OD) Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB), dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Selain itu, sumber kewangan juga adalah daripada simpanan sendiri, ahli keluarga, dan kredit dari pembekal.

b) Penyata Kewangan
image

image

image

c) Sumber Kewangan
    1. Aset, Tanggungan & Ekuiti.
       i. Jumlah Harta (Kos Projek)
image
       ii. Jumlah Tanggungan dan Ekuiti (Sumber pembiayaan)
image
    Nota i : Perkiraan Modal Kerja :-
image
image
Nota ii : Kos Projek (Baru atau tambahan) Dan Sumber Pembiayaannya
image
b. Prestasi Lepas/Dijangka
image
image
image

RUMUSAN

Setiap perniagaan berhadapan dengan risiko. Risko yang dihadapi kadangkala begitu tinggi dan kadangkala begitu rendah. Begitu juga dengan perniagaan PC Dot Com. Namun, ia tidak mematahkan semangat pemilik PC Dot Com untuk memajukan lagi syarikat ini. Seterusnya mengembangkan lagi perniagaan ini di peringkat yang lebih tinggi. Hal ini kerana produk PC Dot Com yang berdaya mauj serta perkhidmatan berkualiti yang disediakan oleh PC Dot Com boleh membawa nama PC Dot Com ke tingkat yang lebih tinggi di mata masyarakat.

Selain itu, perniagaan PC Dot Com yang berdaya saing dan daya tahan juga akan membolehkan PC Dot Com menghadapi persaingan dan perubahan persekitaran semasa bagi memastikan perniagaan ini terus kekal di pasaran dan berkembang maju.Kekuatan PC Dot Com dari segi pengurusan dan kakitangan yang berwibawa dan komited akan memberikan kelebihan kepada PC Dot Com berbanding syarikat lain. Sokongan kewangan yang mencukupi dan jaringan hubungan strategic PC Dot Com dengan syarikat-syarikat lain juga membolehkan perniagaan PC Dot Com terus gah di bidang perniagaan ini.

Perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik kepada pelanggan menjadi kunci utama bagi PC Dot Com untuk mengekalkan pelanggan yang ada seterusnya menarik lebih ramai lagi pelanggan untuk menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh PC Dot Com

BIBLIOGRAFI
Abu Bakar Hamed (2003). Keusahawanan : Pengurusan Perniagaan Kecil, Konsep dan Amalan (Manuskrip). Sintok : Universiti Utara Malaysia.
Abu Bakar Hamed, Rismala Daud dan Siti Nabila Abdul Khalid. (1996).
Asas Pengurusan Perniagaan. Sintok : Universiti Utara Malaysia.
Griffin, R. W. S. dan Elbert, R. J. (1991). Bussiness (Second Edition). New Jersey : Prentice Hall.
Nek Kamal Yeop Yunus dan Hail Hilman Abdullah. (2005). Pengurusan Peruncitan (Konsep, Strategi dan Kes). Kuala Lumpur : Pearson Prentice Hall.
Rancangan Perniagaan (2007). Diperoleh September 13, 2007 daripada http://
Perniagaan Komputer (2007). Diperoleh September 13, 2007 daripada http://
www.medc.gov.my