Nama mengambarkan identity dengan jelas:-
nama yang bermakna
satu perkataan yang dicipta yang berbunyi menarik
Panduan Ketika Memilih Nama Syarikat dan Perniagaan
http://www.junaidiey.com/panduan-ketika-memilih-nama-syarikat-dan-perniagaan/
1. Unik dan mudah diingat
Nama Syarikat Perniagaan anda hendaklah unik dan mudah diingat oleh semua lapisan masyarakat. Nama syarikat yang hanya teridir daripada satu patah perkataan adalah sangat digalakkan kerana ianya juga memudahkan anda untuk memiliki alamat website yang ringkas.
2. Elakkan Perkataan Yang Sukar Di Eja
Apabila memilih nama untuk perniagaan anda, pilihlah nama yang mudah untuk dieja dan jangan sesekali membuatkan nama syarikat anda sukar untuk dieja baik oleh anda sendiri mahupun pelanggan anda. Sekiranya nama syarikat perniagaan anda mudah untuk dieja, ia akan memudahkan pelanggan anda untuk “Google” nama syarikat anda atau syorkan nya kepada orang lain.
3. Mudah Diingat Dan Mudah Disebut
Jadikan nama perniagaan anda mudah diingat oleh para pelanggan anda. Perkara ini dapat membantu mempromosikan perniagaan anda dengan mudah dari mulut ke mulut.
4. Ringkas
Kekalkan sifat ringkas dalam nama perniagaan anda. Hadkan nama perniagaan anda kepada dua sukukata. Elakkan juga penggunaan tanda sengkang “-” atau mana-mana askara istimewa seperti “@, $, %”.
5. Jangan ‘kurung’ Nama perniagaan Anda
Apakah maksud ‘kurung’ yang cuba saya sampaikan? Nama perniagaan anda hendaklah tidak terbatas hanya pada sesuatu tempat sahaja. Elakkan faktor geografi, lokasi atau tempat pada nama perniagaan anda. Hal ini akan membataskan perkembangan produk daripada perniagaan anda. Apabila perniagaan anda mula berkembang ke serata tempat di dunia, pelanggan akan mula keliru dan bingung sekiranya sekiranya anda menyelitkan nama sesuatu tempat. Think out of the box, anda pasti boleh meluaskan perniagaan anda.
Jenis Syarikat
http://www.shahabudeenjalil.com/2012/02/infografik-3-jenis-bentuk-perniagaan-di-malaysia-milikan-tunggal-perkongsian-dan-syarikat/
3 Jenis Bentuk perniaagaan di Malaysia ( Tunggal, Perkongsian , Syarikat)